La présentation est en train de télécharger. S'il vous plaît, attendez

La présentation est en train de télécharger. S'il vous plaît, attendez

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)

Présentations similaires


Présentation au sujet: "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"— Transcription de la présentation:

1 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
MINGGU 7 Binaan Asas Cerpen dan Novel Oleh: Dr. Halis Azhan bin Mohd. Hanafiah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

2 BINAAN ASAS CERPEN & NOVEL

3 Imbas kembali Kuliah Minggu ke-2
NOVEL / NOVELET (NOVELLA) - Karya prosa yang panjang (novelet relatifnya lebih pendek dari aspek cerita dan bilangan halaman) Mengandungi alat penceritaan seperti plot, konflik, watak, latar dan dialog. Semuanya dikembangkan dengan lebih terperinci. Mengandungi bilangan watak yang lebih ramai dan rencam, dengan menimbulkan berbagai-bagai persoalan. Dipecahkan dengan bilangan bab mengikut keperluan cerita.

4 Imbas kembali Kuliah Minggu ke-2
Cerpen / Cerpenpen - Karya prosa yang pendek (cerpenpen relatifnya lebih pendek) Mengandungi alat penceritaan seperti plot, konflik, watak, latar dan dialog. Tertumpu kepada bilangan watak yang kecil dan masalah tunggal. Cenderung menghadirkan watak dalam suatu kedudukan kritikal daripada mengembangkannya melalui situasi demi situasi. Lazimnya dapat ditekuni dengan sekali duduk sahaja

5 Novel dan Cerpen sebagai karya prosa
Pada asasnya novel dan cerpen adalah cereka dalam bentuk prosa. Novel dan cerpen lazimnya dibina daripada unsur-unsur sastera yang sama, seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot dan subplot, sudut pandangan, latar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, cerpen lebih pendek daripada novel. Novel pula boleh dipecahkan kepada sejumlah bab seperti yang dirancang oleh penulis. Cerpen boleh diterbitkan sebagai kumpulan atau antologi. Kumpulan ialah sejumlah cerpen yang dihasilkan oleh seorang penulis dalam sebuah buku. Antologi ialah sejumlah cerpen yang dihasilkan oleh beberapa orang penulis dalam sebuah buku.

6 PLOT & TEKNIK PLOT TEMA & PERSOALAN LATAR WATAK & PERWATAKAN
- Turut dikenali sebagai ‘alat penceritaan’ - Digunakan untuk menjelaskan sesebuah karya prosa daripada aspek struktural PLOT & TEKNIK PLOT TEMA & PERSOALAN LATAR WATAK & PERWATAKAN SUDUT PANDANGAN GAYA BAHASA

7 Plot Puncak Perumitan Perkembangan Peleraian Permulaan Binaan Plot
* Plot ialah jalinan peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertalian dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak dalam cerita. Puncak Perumitan * Segala peristiwa dalam plot adalah berdasarkan hukum sebab dan akibat Perkembangan * Plot terdiri daripada plot kronologi dan plot bukan kronologi. Peleraian * Plot terbina daripada peringkat; permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Permulaan Binaan Plot

8 Plot Permulaan Binaan Plot
Pengarang memperkenalkan perkara utama yang akan diceritakan dalam karyanya seperti watak atau latar sesuatu peristiwa berlaku Binaan Plot

9 Plot Perkembangan Binaan Plot
Cerita dikembangkan oleh pengarang dengan menggunakan pelbagai teknik untuk mempersembahkan cerita Binaan Plot

10 Plot Perumitan Binaan Plot
Pengarang memasukkan konflik (kekusutan) yang dialami oleh watak dalam cerita dan unsur suspens bagi menghidupkan cerita serta menarik perhatian pembaca Binaan Plot

11 Plot Puncak Binaan Plot
Pengarang mencipta saat ketegangan bagi konflik yang timbul. Biasanya segala peristiwa yang menjadi tandatanya kepada pembaca akan terjawab. Binaan Plot

12 Plot Peleraian Binaan Plot Bahagian pengarang menyudahkan ceritanya.
Segala kekusutan dalam cerita akan dileraikan. Binaan Plot

13 Plot Subplot 1 Subplot 3 Subplot 2 Subplot 4 Jajaran Plot

14 TEKNIK PLOT Teknik Plot ialah cara plot disusun dan dibentuk untuk menjadikan cerita lebih menarik dan tidak membosankan. Terbahagi kepada imbas kembali, imbas muka, pemerian, suspens, kejutan, dialog, monolog dan monolog dalaman

15 Imbas Kembali Cara mengenang semula peristiwa yang pernah. Peristiwa boleh diimbas melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman. Segala-galanya bermula hanya kira-kira dua minggu yang lalu. Hari itu, aku sengaja pulang lewat dari sekolah. Ada sedikit dialog antara aku dan Rozana. Hanya pada pukul 2.30 petang, barulah aku sampai di rumah. Tanpa kuduga, abah mengambil cuti pada hari itu. Aku juga tidak menduga ada tamu sedang menunggu kepulanganku di ruang tamu. Konflik, Utusan P & D, 1989, halaman 1 Tajuk asal manuskrip, ‘Noktah Sebuah Konflik’

16 Imbas Muka Unsur dalam karya yang membolehkan khalayak meramal atau menjangkakan tentang sesuatu perkara yang akan berlaku dalam plot. Ketika bersarapan pada seawal pagi, aku terlepas mug yang terpegang di tangan kanan. Bekas kaca yang berat padat dengan air Nescafe tumpah di serata meja dan aku tidak sempat mengelak. Sebahagian baju kurung putih yang kupakai basah lencun. Aku terpaksa menukar pakaian sekolah yang baharu. Akibatnya, aku terlepas sarapan pagi dan tidak sempat juga mencapai beberapa potong sandwich sebagai bekal. Nasib malang tidak selesai setakat itu. Ketika aku tergesa-gesa keluar dari rumah, kaki kiriku tersadung sebuah pasu bunga. Aku… ‘Model Antarabangsa’, dalam Cerita Pada Hari Valentine, FIP P & D, halaman 161

17 Pemerian Pengarang menulis cerita dengan penerangan yang memanfaatkan pelbagai jenis ayat Kebiasaannya, ketika ini aku dan kawan-kawan serumah sedang menonton video. Kalau tidak pun, kami sedang bermain permainan komputer. Adakalanya aku, Amri, Redzuan dan Rahmat akan keluar ke Kuala Lumpur untuk menonton wayang, tayangan tengah malam. Kalau kena ketikanya, kami akan terus melangut di Dataran Merdeka sehingga ke pagi. Sesekali, Saiful juga akan turut serta. Biduk Berlalu, 1994, Utusan P & D, halaman 1 Manuskrip asal bertajuk ‘C’est La Vie, Mademoiselle’

18 Kejutan Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Segala keseronokan sepanjang hari itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Tiba-tiba sahaja, aku menjelma sebagai seorang puteri raja dengan sebuah mahkota tersangkut di kepala. Segala jenis intan permata ada di sekelilingku, tidak terhitung, tidak terkira. Sepasang tanganku melambungnya setinggi setakat terdaya, terhibur hati mendengar dentingannya di udara. Semasa menyambut jatuhan itu, ada seorang anak muda turut membantu. Dialah Hadafi, sebagai seorang putera raja. Malangnya, pagi tetap tiba. Manuskrip asal ‘Erni Aflina’

19 Suspens Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. “Ayah, kenapa ni? Lina tak faham,” aku mula berasa tidak sedap hati, lalu meminta penjelasan ayah ketika dia membuka pintu di sebelahku. Ada sesuatu yang tidak diingini seperti telah berlaku. Ayah tidak keluar. Tangan kanannya mencekak lengan kiriku, pantas mengheretku keluar. Apa salahku sebenarnya, kalau perlu diperlakukan sebegini? Seorang gadis yang berdiri di ambang pintu menghala wajahnya ke dalam rumah, memberitahu Natasha perihal kehadiranku. Beberapa ketika kemudian, Hanim dan Anis pula muncul di situ. Manuskrip asal ‘Erni Aflina’

20 Dialog Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih. Dialog menjadikan penceritaan lebih pantas dan plot berkembang dengan lebih realistik. Melalui dialog biasanya tergambar pendapat atau fikiran watak-watak tentang tema, peristiwa, latar dan watak lain dalam cerita. “Makan tengah hari?” “Kau nak makan di mana?” “Atas menara tu? Bagaimana?” Memang tepat agakanku tadi. “Okey! Kalau aku dan Fini sampai dulu, kami akan tunggu.” Dengan persetujuan itu, barulah aku dan Redzam mendekati semula Shafini dan Nurhana. Serentak dengan kedatangan kami, mereka juga berhenti berbisik. Entah apa pula rancangan mereka. “Haa…! Cakap apa tu?” tanya Redzam. Biduk Berlalu, 1994, Utusan P & D, halaman 112 Manuskrip asal bertajuk ‘C’est La Vie, Mademoiselle’

21 Monolog Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau perasaan. “Farhani… Farhani… Sudah lama abang tak tengok wajah Hani,” aku berkata sendirian di hadapan cermin ketika mengenakan butang di lengan kemejaku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku harus melafazkan kata-kata itu. Mungkin untuk melepaskan rasa rinduku. Entahlah. Manuskrip asal novel remaja ‘Krisis’ (Tajuk asal, ‘sebuah Cinta Yang Tercalar’) Halaman 14

22 Interior Monolog (Monolog Dalaman)
Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog dan wujud dalam aliran bawah sedar watak. “Abang Dut? Nak kena potong gaji ni,” dia mengusik. Aku tersengih. Potong gaji? Jangan, bang. Hanya inilah sumber rezeki yang ada untuk membolehkan Lina belajar di kelas tusyen. Lina tidak mahu dicerca, dikecam oleh Cikgu Tajuddin lagi dan Lina juga mahu lulus dalam mata pelajaran teras SPM ini. Semalam Lina penat bekerja, malamnya pula hujan amat lebat. Lina tertidur awal. Pagi tadi, Lina terasa sungguh hiba. Keluhan itu cuma bergema di dalam hati. Hasnim tidak akan tahu. Biarlah. … Manuskrip asal ‘Erni Aflina’, halaman 50

23 TEMA idea utama yang mengawal sesebuah cerita sama ada disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau persoalan bagi pengarang yang menjadi dasar dalam ceritanya. Tema menjadi panduan bagi pengarang menyusun bahan-bahan untuk memantapkan cerita. Tema yang sebenar hanya dilihat apabila cerita selesai dibaca.

24 PERSOALAN Perkara sampingan atau perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang. Persoalan menguatkan tema dalam sesebuah karya.

25 KONSEP TEMA & PERSOALAN
ALLAH IBU BAPA KAWAN ALAM SEKITAR KASIH SAYANG ANAK KERJAYA MASYARAKAT KELUARGA

26 WATAK Apakah yang dikatakan ‘watak’?
Pelaku atau pemain watak dalam sesebuah cereka (catatan: tidak semestinya manusia!) Jenis-jenis ‘watak’ dalam karya prosa naratif 1. watak utama – watak sampingan 2. watak dinamik – watak statik 3. watak bulat – watak pipih 4. watak protagonis – watak antogonis

27 PERWATAKAN Apa itu ‘perwatakan’?
Sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) yang positif dan negatif disorot melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak, peranan dan fizikal. Pelukisan watak boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung melalui aksi, tutur kata atau pemikiran.

28 SUDUT PANDANGAN - Memperjelaskan tentang siapa yang mengolah cerita.
- Pengolah cerita ini boleh terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam cerita, boleh menjadi watak utama, watak sampingan atau watak pemerhati. - dua jenis sudut pandangan yang biasa digunakan ialah i. Sudut pandangan orang pertama (AKU, SAYA, KAMI) ii. Sudut pandangan orang ketiga (DIA, MEREKA)

29 Sudut Pandangan Orang Pertama
Catatan: Pencerita (P) ialah watak terlibat. (A) mungkin watak utama, watak sampingan atau watak pemerhati. Pencerita berada dalam lingkungan cerita, dapat menceritakan fikiran dan perasaan dirinya sahaja, tetapi tidak boleh melakukan perkara yang sama terhadap watak (B) dan watak (C) (B) (A) P (C)

30 Sudut Pandangan Sudut Orang andangan Pertama Orang ertama Pencerita
Watak Utama Pencerita Watak Sampingan Sudut Pandangan Orang Pertama Sudut andangan Orang ertama Pencerita Watak Pemerhati

31 Sudut Pandangan Orang Ketiga (Pencerita Serba Tahu)
Keterangan: (P) berada di luar cerita, tetapi mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak (A), (B) dan (C). (A) (B) P (C)

32 Sudut Pandangan Orang Ketiga (Pencerita Terbatas)
Keterangan: (P) berada di luar cerita, tetapi memilih watak (A) sebagai pusat pengisahan. Segala perbuatan, fikiran dan perasaan dapat digambarkan hanya bagi watak pilihan (A) (B) P (C)

33 Sudut Pandangan Orang Ketiga (Pencerita Objektif)
Keterangan: (P) berada di luar cerita, dan menggambarkan apa yang dilihat dan didengar sahaja. (A) (B) P (C)

34 GAYA BAHASA Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan dalam sesuatu cereka. Setiap pengarang mempunyai gaya bahasa yang tersendiri untuk menyampaikan tema, persoalan, watak, perwatakan, plot, latar serta sudut pandangan dalam cerita. Kemahiran mempelbagaikan gaya bahasa memancarkan keindahan estetika dan menonjolkan keperibadian pengarang.

35 JENIS GAYABAHASA DIKSI – BAHASA DIALEK, BAHASA ISTANA, BAHASA ASING
2. BINAAN AYAT – AYAT PENDEK, AYAT PANJANG 3. BAHASA PERBANDINGAN – METAFORA, SIMILE, HIPERBOLA, PERSONIFIKASI, SIMBOLIK 4. BAHASA SINDIRAN – BAHASA SINIS 5. BAHASA PENEGASAN – REPETISI, ANAFORA, INVERSI 6. BAHASA PERTENTANGAN – SINKOF, PERIBAHASA

36 DIKSI BAHASA DAERAH / DIALEK
“Sekali-sekalo jadi tauke bappa kedianya. Ore tok ke nak kena. Tauke ite, dreba pong ite,” Konserto Terakhir, halaman 7.

37 DIKSI BAHASA ASING “Excusez mois, mademoiselle,” aku menegur dengan sopan. Gadis itu kelihatan serba-salah. Mungkin dia tidak menduga aku akan menegur dalam bahasa asing itu. “Oui,” dia membalas pendek. Nada suaranya agak gementar. “Nous nous sommes rencontres une fois. Je m’appele Farhan. Et vous?” aku mengusul lagi dengan lancar. Manuskrip asal novel remaja ‘Biduk Berlalu’ (Tajuk asal, ‘C’est La Vie, Mademoiselle’) Halaman 14

38 BINAAN AYAT AYAT PENDEK
Abang Ari mengaduh. Tapi ayah tak peduli. Ayah siat tubuh Abang Ari pula. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Lagi, lagi, lagi. Macam tak mahu berhenti. ‘Abang Ari Adik’, Mastika, Disember 1993

39 BINAAN AYAT AYAT PANJANG
… Semasa Fizani meninggalkan adik bongsunya itu, Rahmat sudah selesa berada dalam kelas, sudah galak bergurau dengan kawan-kawan baru, sudah terlupa pun kakaknya tidak boleh berada lama di situ. … Seperti Sejalur Pelangi, halaman 111

40 BAHASA PERBANDINGAN METAFORA
Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara perbandingan tanpa menggunakan kata-kata ‘seperti’, ‘bak’, ‘macam’, ‘umpama’ ‘laksana’ dan ‘ibarat’. Metafora mengandungi perkataan yang bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contohnya: Ceracak-ceracak tiang persahabatan kami telah patah riuk kerana kerenah Edlina. Dia terlalu kejam! Biduk Berlalu, 1994, Utusan P & D, halaman 1 Manuskrip asal bertajuk ‘C’est La Vie, Mademoiselle’

41 BAHASA PERBANDINGAN SIMILE
Membandingkan dua benda yang berbeza tetapi dengan menggunakan kata-kata ‘seperti’, ‘bak’, ‘macam’, ‘umpama’ ‘laksana’ dan ‘ibarat’. Entah kenapa, tapak kakiku seperti melekat di lantai simen dan semakin memberat. ‘Azfa Hanani’, halaman 17

42 BAHASA PERBANDINGAN PERSONAFIKASI
Memberi sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan). Ketika aku dan Hadafi meninggalkan Kelab Persada, awan sudah bergulung di dada langit. Angin pula bertiup kencang menerbangkan daun-daun ke merata-rata tempat. Tanda-tanda hari akan hujan jelas kelihatan. ‘Erni Aflina’, halaman 236

43 BAHASA PERBANDINGAN HIPERBOLA
Pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu atau gaya bahasa perbandingan atau membesar-besarkan sesuatu. Tepuk dada, tanyalah selera. Kalau mahu, aku boleh berjalan dengan hidung meninggi menongkat langit sekarang. Siapa sangka, cempedak menjadi nangka. Hidup ini pun sesungguhnya ibarat roda. Semalam aku berada di bawah, hari ini sudah diam di atas. Manuskrip Asal ‘Erni Aflina’, halaman 181

44 BAHASA PERBANDINGAN SIMBOLIK
Memindahkan sifat seseorang atau benda pada yang lain atau menggambarkan sesuatu menggunakan benda lain (unsur alam, warna dan waktu) sebagai lambang. … Di situ sekarang, terbentang indah sejalur pelangi. Cantik berwarna-warni, tujuh warna semuanya. Pelangi, tujuh warna. Dia, Ilham, Shahira, Farini, Ariff, Aliff dan Rahmat, tujuh orang. Pelangi tidak akan kelihatan indah lagi tanpa salah satu warna dalam jaluran itu. Samalah. Dia dan adik-adiknya seperti sejalur pelangi itu. ‘Seperti Sejalur Pelangi’, halaman 314

45 BAHASA SINDIRAN SINIS Terdapat unsur sinis, iaitu sindiran atau ejekan. “… .Itulah… masa cikgu mengajar tangan ada di bawah meja, laju tekan butang telefon bimbit hantar SMS sana sini. Cuping telinga tu gunanya untuk sangkut cermin mata saja,” perli gadis itu. ‘Kerana Seutas Rantai Emas’, halaman 49 Dalam Kumpulan Cerpen ‘Cerita Pada Hari Valentine’

46 BAHASA PENEGASAN SIMBOLIK Pengulangan kata-kata dalam ayat.
Ada gumpalan kertas di kaki almari pakaiannya, yang dilontar secermatnya dari kerusi menghadap meja studi seawal pagi, yang tidak tepat masuk ke sasaran bakul sampah, yang dapat dicapai. ‘Seperti Sejalur Pelangi’, halaman 10

47 BAHASA PENEGASAN INVERSI Kebalikan susunan kata dalam ayat.
… Kalaulah segunung emas ialah harga sebuah kebahagiaan, aku tidak mungkin akan menolak. Namun, kalaulah aku mampu mengubati kepiluan si ibu itu sekalipun, kebahagiaanku sendiri, bagaimana? … ‘Azfa Hanani’, halaman 23

48 Terima Kasih | Thank You


Télécharger ppt "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"

Présentations similaires


Annonces Google